Saturday 13 April 2013

KATA KERJA


KATA HUBUNG


AYAT TUNGGAL


KATA SERU


AYAT PERINTAH


KELUARGA


DOA KELUARGA BAHAGIA

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"
(Al-Furqaan : 74)

 



Saturday 6 April 2013

SIMPULAN BAHASA


A
ada angin - berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati - mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka - rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam - tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat - mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut - makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat - anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa  - anak yang disayangi oleh bapa
anak buah - orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas - anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki - meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin - negara-negara di sebelah barat
atas pagar - tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan - orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

B
bahasa pasar - bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut - orang yang banyak bercakap
batu api - orang yang suka menghasut
batu loncatan - sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang - tali persaudaraan yang jauh
bawah angin - negara-negara di sebelah timur
bekas tangan - hasil kerja tangan seseorang
beralih akal - berubah fikiran atau pendapat
beralih angin - pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati - enggan; malas
berat mulut - pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang - orang yang malas bekerja
berat sebelah - tidak berlaku adil
berbelah bagi - sukar untuk membuat keputusan
berhati batu - degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi - patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua - tidak jujur
bertikam lidah - bertengkar; berdebat
besar hati - bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala - degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati - orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut - sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tangan - hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hati - bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku  - mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati - tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam

C
cahaya mata - anak
cakar ayam - tulisan yang buruk
campur tangan - turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan - berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangan - suka mencuri

D
dalam tangan - sudah pasti akan diperoleh
darah daging - anak kandung
durian runtuh - keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka

G
gaji buta - mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata - hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta

H
harga diri - maruah atau kehormatan seseorang
harga mati  - harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batu - degil atau keras hati
hidung tinggi - sombong atau tinggi diri
hilang akal  - tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri

I
ikat perut - menahan lapar kerana berjimat
iri hati -  menyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hati - perasaan dalam hati

J
jalan buntu - tidak ada jalan penyelesaian

K
kacang hantu - orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam - tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku - tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol  - suka minum minuman keras
kecil hati - berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin - perangai yang tidak menentu
kepala batu - degil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbang - orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar angin - berita yang belum tentu benarnya

L
langkah kanan - bernasib baik
langkah seribu - cepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabang  - kata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudung - cepat membuat kerja
lintah darat - mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan

M
makan angin - bersiar-siar untuk berehat
makan suap - menerima rasuah
malu-malu kucing - berpura-pura malu di hadapan orang
mandi peluh - bekerja kuat
mati katak  - mati dengan sia-sia
membabi buta - melakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diri - tahu menjaga diri
membuka jalan - memberi laluan kepada orang lain
membuka tembelang - menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak - terlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diri - tidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalan - berusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci mata - gembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hati - lucu; menggelikan hati
mengabui mata - cuba memperdaya; menipu
mengadu domba - memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil angin - bersiar-siar untuk berehat
mengambil berat - memberi sepenuh perhatian
mengambil hati - dapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakat - latihan untuk mengembangkan bakat
muka tembok - tidak berasa malu
mulut murai - kuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayan  - tidak dapat menyimpan rahsia
murah hati  - suka bederma; tidak kedekut

N
naik angin - terlalu marah
nyawa-nyawa ikan - hampir-hampir mati

O
orang atasan - orang yang berpangkat tinggi
otak cair - pintar atau bijak
otak kering - kurang siuman
otak udang - bebal atau bodoh

P
paku belanda - barangan yang tetap harganya
panas hati - meradang atau marah
panjang tangan - suka mencuri
pasang telinga - mendengar dengan teliti
pekak badak - kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulut - makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut - pertengkaran
pilih kasih - memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukur - perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin - tidak tahan terkena panas matahari
putih hati - ikhlas; jujur
putih mata - mengalami kekecewaan

R
rabun ayam - penglihatan yang kurang jelas
rambang mata - sukar membuat pilihan
ringan tangan - suka membuat kerja: menolong orang

S
sampai hati - tergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarang - membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa

T
tangan terbuka - menyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jering - orang yang kedekut
tawar hati - tidak mempunyai minat lagi
tebal muka - tidak tahu malu
telinga kuali - tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah - tajam pendengaran
telinga nipis - cepat marah atau meradang
terang hati  - mudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayam - tidur yang tidak nyenyak
tin kosong  - bercakap besar tanpa ilmu
titik peluh - hasil usaha yang bersungguh-sungguh

KESALAHAN UMUM TATABAHASA


Kata Ganti Diri
1.Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.

2.Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang.

  • Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
  • Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
  • Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
  • Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )

3.Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.

  • Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
  • Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
  • Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
  • Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )

4.Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.

  • “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
  • “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
  • “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
  • “Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )

5.Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.

  • Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
  • Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
  • Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
  • Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )

6.Kata mereka tidak boleh diulang.

  • Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
  • Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )

7.Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
  • Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
  • Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
  • Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
  • Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh Bilangan
Kegunaan
Contoh
angkatan
Digunakan untuk manusia atau benda
Kapal terbang, polis, askar,
Baris
Digunakan untuk benda/manusia yang berbaris
Orang, rumah, pokok, pemadam, gigi
Batang
Digunakan untuk benda yang panjang
Kayu, galah, sungai, lilin
Bentuk
Digunakan untuk benda-benda kecil yang berkeluk
Cincin, subang, mata kail, permata
Berkas
Digunakan untuk benda yang diikat bersama-sama
Kayu, papan, kunci
Bidang
Digunakan untuk benda yang luas
Tanah, kebun, lading
Biji
Digunakan untuk buah, sayur-sayuran atau benda yang kecil
Batu, cawan, telur, guli, bola
Bilah
Digunakan untuk benda yang tajam
Pisau, sabit, gunting, kapak
Buah
Digunakan untuk benda yang besar dan padu yang tidak menentu
Peti sejuk, almari, radio, taman, kereta, motorsikal, rumah
Buku
Digunakan untuk benda yang berbongkah
Sabun, roti, benang
Butir
Digunakan untuk benda yang kecil dan bulat
Peluru, mutiara, telur, beras
Carik/Cebis
Digunakan untuk benda yang dikoyakkan
Kain, kertas
Cekak
Digunakan untuk menghimpun benda
Benih padi, tangkai padi
Cubit
Digunakan untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
Garam, gula, tepung
Cucuk
Digunakan untuk benda yang dicucuk dengan lidi
Sate, bebola ikan, daging, buah-buahan
Das
Digunakan untuk bunyi tembakan
Pistol, senapang, merian
Deret
Digunakan untuk benda yang disusun
Rumah, kereta, bangunan
Ekor
Digunakan untuk binatang
Ikan, ayam, itik, ular
Gelung
Digunakan untuk benda yang panjang dan bergulung
rotan, dawai, kawat, tali, wayar
Genggam
Digunakan untuk benda yang digenggam
Beras, padi, batu
Gugus
Digunakan untuk benda atau buah-buahan yang berkelompok
Kelapa sawit, anggur, langsat, kunci
Gerombolan
Digunakan untuk orang
Samseng, penjahat
Gulung
Digunakan untuk benda yang bergulung
Filem, kertas, dawai, kunci
Gumpal  
Digunakan untuk gumpalan
tanah, tembakau, kapas, kekabu, asap, awan
Helai
Digunakan untuk benda yang nipis dan lebar
Baju, seluar, kertas, sampul surat, selimut
Hidang  
Digunakan untuk menjamu sesuatu
Lauk, kuih, air
Ikat
Digunakan untuk benda yang diikat
Papan, kayu, sayur, tebu
Hiris/Iris
Digunakan untuk benda yang dipotang nipis-nipis
Bawang, halia, tomato, timun, daging
Jambangan    
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga
Jambak
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
Bunga, kunci
Jemput  
Digunakan untuk sebungkus barang
nasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering
Kajang
Digunakan untuk bahagian atas rumah
Atap, bumbung
Kaki
Digunakan untuk benda yang bertangkai
Paying, cendawan
Kandang       
Digunakan untuk tempat menginap binatang
Kambing, lembu, kerbau
Kawan
Digunakan untuk kumpulan binatang
Gajah, lembu, kambing, lebah
Kelompok
Digunakan untuk sekumpulan benda,manusia, binatang dan pulau yang berkelompok
Awam, kuda, pulau, bintang, burung
Kepal
Digunakan untuk benda yang dikepal dengan tangan
Nasi, pulut , tanah
Keping
Digunakan untuk benda yang tipis atau pipih
Biskut, roti, syiling, kad, gambar
Kepul      
Digunakan untuk benda yang berkepul-kepul
asap, awan
Kerat
Digunakan untuk benda yang dipotong bahagian
Roti, papan
Ketul
Digunakan untuk benda yang berketul atau padu
Ais, daging, tulang, sabun
Kotak
Digunakan untuk benda yang diisi dalam kotak
Ubat, mancis, pensel, pen
Kumtum
Digunakan untuk [e;bagai jenis bunga-bungaan
Melur, mawar, teratai, anggerik
Lapis
Digunakan untuk benda yang berlapis
Selapis kiuj, tujuh lapis langit
Laras
Digunakan untuk senjat api
Pistol, senapang, merian
Lembar
Digunakan untuk benda yang lurus dan panjang
Kertas, benang, tali
Lingkar     
Digunakan untuk benda yang bergulung-gulung
ubat nyamuk, tali, dawai, rotan
Longgok
Digunakan untuk benda yang berlonggok-longgok
Baju, durian, rambutan, betik, cili
Naskhah
Digunakan untuk bahan bacaan berjilid
Surat khabar, majalah, buku, risalah
Orang
Digunakan untuk manusia
Doctor, peguam, guru, murid
Papan
Digunakan untuk benda yang berbentuk kepingan
Mercun, coklat
Pasang
Digunakan untuk manusia atau benda yang berpasangan
Kasut, anting-anting, anak, stoking
Pangsa
Digunakan untuk bahagian dalam buah
Durian, cempedak
Pasukan
Digunakan untuk orang yang berpakaian seragam
Plolis, tentera, askar, kadet, pandu puteri
Pintu
Digunakan untuk bangunan yang berderet
Sepintu rumah, dua pintu kedai
Patah
Digunakan untuk kata
Perkataan, kata-kata
Pohon
Digunakan untuk pokok
Sepohon orkid
Potong
Digunakan untuk benda yang sudah dipotong
Daging, kek, kuih, roti
Pucuk
Digunakan untuk senjata api dan benda yang tipis serta halus
Sampul surat, pistol, senapang
Puntung
Digunakan untuk bahagian yang masih menyala
Rokok, kayu api
Persalinan
Digunakan untuk pakaian yang lengkap
Sepersalinan pakaian
Rangkap
Untuk puisi
Syair, pantun, sajak
Rawan
Digunakan untuk benda yang labuh dan bersirat
Jala, jaring, pukat
Relung
Digunakan untuk pembahagian kawasan
Serelung sawah, dua relung kebun
Ruas
Digunakan untuk benda yang beruas-ruas
Tebu, buluh
Rumpun
Digunakan untuk tumbuhan yang rapat-rapat
Rumput, padi, pandan, buluh
sikat/sisir
Digunakan untuk buah pisang
Pisang
Suap
Digunakan untuk makanan yang disuap
Sesuap nasi
Tandan
Digunakan untuk buah yang bertandan
Pisang, kelapa, kelapa sawit
Tangkai
Digunakan untuk buah-buahan, bungaan dan daun yang bertankai
Daun, langsat, kekwa, ros, padi
Teguk   
Digunakan untuk air
air
Timbun
Digunakan untuk benda yang bertimbun
Setimbun pasir, dua timbun batu
Tingkat 
Digunakan untuk benda yang bertingkat-tingkat
kedai, bangunan, rumah
Titik
Digunakan untuk cecair yang menitis
Air, darah, dakwat
Titis
Digunakan untuk benda yang menitis
Setitis embun, dua titis air mata,
Tompok
Digunakan untuk benda yang bertompok
Setompok anjong, tigan tompok kucing
Tongkol
Digunakan untuk buah yang bertongkol
Jagung
Ulas
Digunakan untuk buah-buahan yang berpangsa
Durian, cempedak, nangka
Untai
Digunakan untuk benda yang panjang dan berbentuk
Rantai manik, kalung mutiara, pantun
Urat
Digunakan untuk benda yang halus dan panjang
Benang, dawai, rambut, rotan
Utas
Digunakan untuk benda yang panjang dan dapat digulung
Rantai, tali, paip, dawai